Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 5, 2025

Doa pada hari Arafah

 Asalamualaikum dan salam 10 Zulhijjah 1446


 

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.
WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur 🇸🇦 12:22pm
Maghrib 🇸🇦 7:04pm
WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu 🇲🇾 5:22pm
Waktu 🇲🇾 12:04am
.
Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*
.
DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM
 
✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.
✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
 
Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.
Tutup dgn selawat.
 
Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”
Ya Allah, siapa pun juga yang komen Aamiin dan menekan butang Share LIMPAHKANLAH REZEKI Kepadanya, SIHATKANLAH Badannya, PANJANGKANLAH Umurnya.
Kun Fayakun. Balaslah dengan menulis Aamiin 🤲
Aamiin Ya Rabbul Alamin.
 
Kak rose cnp dari fb viral maufakat johor, terima kasih  dan izinkan kak rose kongsikan kat sini ya. Semuga bermenafaat buat semua yang membacanya. Aamiin 

Sunday, May 11, 2025

Mengurus emosi melalui 10 surah terakhir

 


Baru-baru ini saya terbaca satu artikel menarik tentang bagaimana 10 surah terakhir dalam Al-Quran mengandungi panduan yang sangat jelas untuk mengurus emosi dan tekanan hidup.
Bila ditadabbur dengan hati terbuka, kita akan perasan. Al-Quran bukan sekadar kitab ibadah, tetapi juga manual pemulihan jiwa.
.
.
Dan begitulah kita hari ini...
Kadang kita tak sedar, kita dah pandai sembunyikan luka.
Senyum macam biasa.
Kerja jalan macam biasa.
Tapi hati rasa... kosong.
Ada masa, kita tak tahu apa yang salah.
Kita cuma tahu. Kta tak rasa “hidup”.
Bila orang tanya, kita jawab:
“Tak tahu lah. Aku rasa lost.”
Lost dengan kehidupan, lost dengan diri sendiri.
Dan kita pun terus berjalan…
Dengan hati yang tertinggal di belakang.
Sebenarnya, ramai yang sedang rasa macam ni.
Bukan sebab mereka lemah. Tapi sebab terlalu lama bertahan.
Dan dalam proses nak jadi kuat, mereka hilang siapa diri sebenar.
.
.
10 surah terakhir dalam Al-Quran…
Setiap satu, seperti ubat untuk setiap lapisan luka emosi yang kita simpan.
 
1️⃣ Surah Al-Fil
Bila rasa hidup penuh tekanan dan ‘musuh’ yang tak nampak.
Ingat. Gajah besar pun boleh hancur kalau Allah izinkan.
“Tak ada yang terlalu besar bila kita ada perlindungan Allah.”
 
2️⃣ Surah Quraisy
Bila kita rasa resah tentang rezeki dan masa depan.
Allah ajar kita: tenang, cukup, dan kembali kepada-Nya adalah jalan kepada keberkatan.
"Sumber keberkatan ialah yakin dan kembali kepada-Nya.”
 
3️⃣ Surah Al-Ma’un
Bila hati keras dan berat. Mungkin dah terlalu lama kita pendam semuanya sendiri.
Ubatnya? Bantu orang lain. Hati sembuh bila kita berkongsi rasa dan kebaikan.
 
4️⃣ Surah Al-Kawthar
Saat kehilangan atau kecewa. Allah beri dua penawar: Solat & korban.
Doa dan memberi. Dua jalan pulang untuk hati yang luka.
 
5️⃣ Surah Al-Kafirun
Bila kita penat nak puaskan semua orang.
Belajar let go. Bukan semua perlu kita faham atau perbaiki.
Cukup jadi jujur dengan diri dan Allah.
 
6️⃣ Surah An-Nasr
Bila hidup mula berubah ke arah yang lebih baik,
Jangan lupa untuk tunduk dan istighfar.
Syukur itu pelindung hati dari lalai.
 
7️⃣ Surah Al-Lahab
Kalau ada luka yang datang dari manusia,
Ingat, dendam membakar diri lebih dulu.
Lepaskan bukan untuk mereka… tapi untuk diri sendiri.
 
8️⃣ Surah Al-Ikhlas
Kenal Allah dengan sebenar-benarnya…
Dan kau akan jumpa ketenangan yang sebenar.
Manusia kecewakan. Tapi Allah tak pernah.
 
9️⃣ Surah Al-Falaq
Bila emosi terganggu tanpa sebab jelas.
Hasad, tekanan, kata-kata orang...
Doa ini lindungi dari semua itu.
 
1️⃣0️⃣ Surah An-Nas
Bila hati mula dipenuhi bisikan takut, risau dan overthinking…
Maka ini doanya.
Lindungi aku dari musuh paling halus. Bisikan dalam diri sendiri.
.
.
Dan di hujung semuanya... kita semua berhak untuk:
• Melepaskan apa yang dah lama membebankan.
• Memaafkan diri yang pernah silap.
• Mencipta semula impian yang pernah kita pendam.
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(Surah At-Talaq: 2–3)
Saya mendoakan… siapa pun yang sedang ‘lost’ hari ini,
Allah temukan kamu dengan diri kamu yang sebenar semula.
Melalui ayat-Nya. Dan melalui perjalanan yang lebih tenang.
Aamiin
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua  

Terima kasih fb Dr Azura Hashim, saya copy dan paste kat sini untuk bacaan yang sudi singgah kat dapo kak rose ni ya. Semuga bermanafaat